Wednesday, November 5, 2008

Tujuh...

Zakri mengetuk jari jemari satu persatu dia atas meja. Dilihatnya jam tangan Tissot yang baru dibelinya kelmarin. Edisi terhad sempena keluaran F1 yang menjadi kegilaannya. "Dasar Melayu betul la perempuan ni," bisik hatinya.

"Z, sori I lambat..." sahut suara yang lembut di belakang Zakri.
"Maklumlah I kena prepare betul-betul dulu sebelum jumpa you," kata Lina sambil membetul-betulkan rambutnya yang agaknya baru sahaja dibuat di salun.
"Kenapa you nak jumpa I?" tanya Zakri menginginkan kepastian. Sudah pasti dia mahukan jawapan, setidak-tidaknya penantian dia selama satu jam tiga belas minit tadi cukup berbaloi.
"You can tahu mak ayah I takde kat rumah. I malas la nak makan sorang-sorang," jawab Lina cukup manja sambil membetul-betulkan gaunnya ketika duduk. Lina cuba mendapatkan tangan Zakri. Zakri mengundurkan tangannya dari meja. Rimas.

"Hmm baiklah. You nak makan apa?" 
"I ikut je lah apa yang you order," jawab Lina ringkas, sambil tersenyum lebar.

Kebiasaannya kalau Sarah ada, mereka akan memesan makanan yang sama, tetapi jenis yang berlainan. Contohnya kalau mereka di Secret Recipe, Zakri akan memilih Chocolate Banana manakala Sarah akan memesan Blueberry Cheese. Tujuannya, harga yang sama, tetapi sekurang-kurangnya mereka dapat menikmati dua rasa dan nikmat yang cukup berbeza. Pernah dia berbuat sebegitu dengan Ikin, tetapi Zakri hampa setelah dimarahi dengan Ikin - katanya kek ni dia yang punya, dia ingin memakan sorang-sorang. Mengidam katanya.

Sarah dan Zakri juga sanggup beratur panjang-panjang semata-mata ingin mendapatkan makanan yang cukup mereka gilai. Contohnya donut Big Apple. Selalunya semasa mereka beratur, ada saja topik perbualan yang rancak mereka bualkan. Paling tidak pun, mereka akan bermain satu permainan. Permainan menyebut satu persatu nama-nama donut yang dijual dalam masa 20 saat. Apabila Zakri mengajak Lina berbuat sebegitu - Lina selalu sahaja menolak. Penatlah berdiri lama-lama semata-mata nak beli seketul donut, siap dengan alasan memakai kasut tumit tinggi.

"Sarah, I miss you a lot," Zakri mengelamun.

"Boleh saya ambil order, Encik?" sapa pelayan. Zakri terkejut.
"Maafkan saya... err, Sarah you nak makan apa?"
"Sarah?? Encik Zakri, nama I Lina. L-I-N-A... sikit-sikit Sarah, sikit-sikit Sarah! Mencik!" Sarah bangun lantas mencapai tas tangan merah jambu Pradanya itu. Lina meninggalkan Zakri yang berada di dalam keadaan yang cukup malu. Habis satu kedai Secret Recipe itu menoleh ke arah mereka.

"Order?" tanya pelayan itu lagi.
"Satu Blueberry Cheese, dan satu Chocolate Banana cake ya dik,"
"Dua?" tanya pelayan itu lagi, ingin mendapatkan kepastian sambil tersenyum sinis memikirkan perkara yang baru sahaja berlaku sebentar tadi.
"Ya, satu untuk saya, dan satu lagi untuk Sarah" jawab Zakri cukup tenang sambil tersenyum kembali.

Zakri memandangkan ke luar premis kedai sambil memikirkan apa yang sedang dilakukan oleh Sarah ketika saat itu.

Adakah Sarah pada ketika ini juga sedang memikirkan tentang dia?