Monday, October 20, 2008

Empat...

Meriah sungguh majlis malam ini. Semua orang tampak gembira, lebih-lebih lagi si Fakri kerana hasil usaha dia selama ini merancang program ini bagaikan menatang dulang yang penuh. Di suatu sudut kelihatan si Amri tampak kelihatan kerana disuruh adik Ayip untuk menjadi kuda pada malam itu. Kesian, tapi Amri tidak sedikit pun marah, tapi masih lagi ceria melayan karenah Ayip yang comel itu. Zakri tersenyum apabila melihat Thiah menyuapkan kek coklat buatan sendirinya ke dalam mulut Aishah yang hanya berumur 8 tahun. Cukup bahagia, seperti sebuah keluarga. Anak-anak Rumah Barkat nampaknya menggunakan masa ini dengan sebaik-baiknya bersamam abang-abang dan kakak-kakak mereka untuk menagih kasih untuk kesekian kalinya.

Zakri melangkah ke luar dewan untuk mengambil sedikit angin. Cuaca di luar dingin sekali. Sayup-sayup kedengaran suara sang kodok memanggil hujan. Irama cengkerik menghiasi malam, bagaikan alunan muzik yang cukup indah menemani majlis yang begitu barakah sekali pada malam itu.


"Sorang saje ke?"

"Oh, Sarah. Dah kenyang ke? Makan la lagi. Aku tau perut kau tu ada lagi ruang simpanan"

"Hello - apa kau ingat aku ni lembu ke?"

Masing-masing tertawa, kemudian senyap seribu bahasa tiba-tiba. Malu?


"Tengok Ayip tu. Sukanya dia dengan si Amri... Amri tu plak layankan aje"

"Aku dah surrender dah. Aku dah jadik kuda untuk tiga budak dah. Patah tulang pinggang aku"

"Kalau kita tengok keadaan kita ni, dah macam bapak dan mak orang kan? Suka layan budak-budak"
"Aku muda lagi... kau tu yang macam mak orang... haha! Tengok baju kurung kau tu, baju kurung mak aku lagi update tau"

Sarah menampar belakang Zakri. Ganasnya minah ni, getus Zakri.

"Suka-suki je cakap kita ni macam mak orang. Tak suka tau"

"Ok la cik adik oiii... minta maaf banyak-banyak ya. Maaf zahir dan batin, selamat Hari Raya" sambil membuat isyarat tangan seperti bersalaman dan Zakri memuncungkan mulutnya. Comel.
Senyap kembali. Mulut bagaikan terkunci sedangkan sebelum ini mereka berdua bagaikan adik-beradik yang cukup rapat. Seperti belangkas, tak pernah lekang. Paling kurang pun, mereka akan bertikam lidah untuk 30 saat, kemudian ketawa berdekah-dekah. Agaknya suasana malam itu yang membuatkan mereka menjadi sedemikian malu. Apakah...

"Agaknya kalau kita nanti ada anak masing-masing, bagaimana rupanya ya?"

"Kita?" Sarah mendapatkan kepastian.

"Yalah, kau tak nak kawen ke? Nak mendara sampai ke tua?"

Sarah mencebikkan mukanya sambil mengerut muka membayangkan sesuatu. Zakri merenung ke dalam mata Sarah. Sarah seakan-akan 'blur', masih tidak menangkap apa yang Zakri ingin sampaikan.


Awak tu cantik, Sarah. Awak tak tahu ke? Kalau boleh saya nak anak saya mempunyai mata yang cantik seperti awak. Tangan selembut awak. Mesra dan ramah seperti ibunya. Budi pekerti yang baik seperti awak. Tangkas, bijak dan berani serta bijak memimpin, macam awak... Sarah, awak...

POMMMM!!!


Bunyi mercun meletup berdekatan dengan mereka. Serta-merta Sarah tiba-tiba mengeluarkan bermacam-macam perkataan yang sememangnya tidak enak diperdengarkan. Biasalah orang Melayu, cukup suka melatah.

Zakri ketawa - cancel la camni beb nak buat orang rumah hahahahaha...

Dari jauh Aishah dan Ayip ketawa terbahak-bahak.

"Ooo abang Z dan kak Sarah dating tak ajak kitaorang pun. Haa padan muka terperanjat!" Ayip berceloteh. Amri pula sedang berguling-guling di atas lantai menahan ketawa.
Sarah menarik lengan baju kurungnya.

"Ooo abang Amri punya kerja ya?! Siap kau Amri!" Sarah segera membuat spekulasi Amir yang menjadi dalang lantas mengangkat kainnya dan mengatur langkah seribu mengejar Amri.

"Bukan aku! Ayip!!!" Amir menjerit.

Melihatkan akan situasi yang cukup genting itu, Amri pun cuba bersiap sedia melarikan diri. Jadi berlakulah acara lari kejar mengejar diantara Sarah dan Amri. Adik-adik Rumah Barkat tu pun apa lagi, menggalakkan lagi adalah.
Macam budak-budak.

Zakri tersenyum lebar. Takpelah Sarah. Banyak lagi masa antara kita kan?

1 comment:

saracocohoney said...

hmmmm.... bila dah part dekat2 nak abis tuh aku confuse la cape nyer dialog...sarah ker...zakri? detail skit la...