Friday, October 17, 2008

Satu...

Malam sudah lewat. Jarum jam yang pendek itu hampir mendekati angka tiga. Namun Zakri masih tidak dapat melelapkan matanya lagi. Sayu matanya memandangkan ke luar tingkap yang dibasahi titisan hujan yang renyai. Sayup jauh kelihatan kota metropolitan Kuala Lumpur yang tidak pernah mengenal erti rehat. Lampu-lampu neon masih cerah menemani warga kota yang tidak tidur lagi, walaupun dalam keadaan cuaca yang sebegini.

Sebelah tangan kanannya kuat digengam satu sampul surat yang dialamatkan kepadanya, manakala isi kandungan surat itu telah dicampakkan jauh di atas katil. Kandungan surat itu merupakan surat undangan perkahwinan Siti Maisarah binti Razuan dengan lelaki pilihannya, Kamarul Ariffin bin Tamjis dengan sekeping nota yang berlainan, bertulis,

'Z, kau mesti datang ya... tapi call aku dulu, ada hajat besar yang aku ingin sampaikan... ^o^'

Tiba-tiba pintunya diketuk dan dikuak. Lamunan Zakri terganggu. Serta-merta bau seakan-akan alkohol dan bercampur rokok menusuk ke dalam rongga hidung Zakri. Dia memandang, dan Amir sedang bersandar di tepi pintu, baru balik dari berhibur di kelab agaknya. Mungkin malam ini dia baru sahaja pulang dari Marketplace, atau lebih dikenali dengan MT sahaja, kerana boleh dikatakan kelab itu agak naik baru-baru ini dan golongan yang hadir semuanya orang-orang yang agak ternama dan berada. Zakri memandang semula ke luar jendela dengan muka kosong.

"Bro, lu apahal? Macam kucing mati anak je", dan terus dia baring dia atas katil Zakri yang empuk itu.

"Beb, tadi best giler siot. Dapat jugak aku nombor anak ikan yang aku selalu usha tu. Puas hati aku, hahaha... lepas tu kitaorang lepak kat... Eh kad kahwin. Wangi lagi... Walimatulurus... Kamarul Ariffin bin Tamjis dan Siti Maisarah... eh beb, minah ni bukan ke..."

Zakri terus memandang ke arah Amir. Mukanya itu memberi isyarat kepada Amir supaya jangan ganggu buat masa ini. Sudah menjadi kebiasaan bagi dua teman serumah itu dapat membaca gerak hati masing-masing kerana sudah lama duduk di bawah bumbung yang sama. Amir hanya mengangguk, "Beb, anything I'll be in my room, ok?" dan menyusur keluar.

Zakri mencebik. Sempat si Amir mengomel sebelum dia menutup daun pintu Zakri, "Sentap la tu...". Terus Zakri mencapai gugusan kunci kereta Neonya itu lalu dibaling ke arah Amir. Nasib baik dia dapat mengelak, kalau tidak pasti lebam mukanya, dan esok mungkin terpaksa pula Zakri meminta maaf banyak-banyak kepada Amir kerana mungkin lebam mukanya itu tidak dapat pergi semula ke MT yang sudah pun menjadi amalan Amir pada setiap hujung malam minggu.

Gedik. Namun Zakri tidak kisah akan perangai si Amir yang begitu. Dia tahu teman rumahnya itu hanya mahu membantu menceriakan hatinya yang sedang gundah gulana itu.

Zakri hairan mengapa selama ini sahabatnya itu, Maisarah tidak pernah bilang yang dia sudah pun mempunyai calon untuk dia mendirikan masjid bersama. Tidak pernah sekali pun dalam hidup Zakri, Sarah ada menyebut nama Kamarul, Ariffin, bahkan Tamjis sekalipun, kecuali Ariffin yang mereka kenali sebagai Ipin yang selalu mereka kenakan semasa berada di universiti dulu, kerana gemar mengenakan warna merah jambu pada pakaiannya. Malah, skuter Yamaha Ipin pun berwarna merah jambu. Agaknya seluruh warga Skudai tahu akan kewujudan skuter itu. Dari jauh boleh saja Zakri dan Sarah nampak ada saja warga kampus siswa akan menyiul setiap kali Ipin dan skuternya itu menyusur perlahan, dan setiap kali itulah Ipin akan melambaikan kembali dengan lambaian ala-ala ratu seperti di dalam filem 'Princess Diaries'.

Zakri merebahkan badannya di atas katil. Diambilnya kad jemputan yang berwarna hijau itu dan dicampakkan ke bawah. Diseluknya bawah bantal dan diambil sekeping gambar Maisarah yang diletakkan kemas di bawah bantal itu. Sambil menghela nafas yang panjang, dia mula mendail nombor telefon Sarah dengan telefon bimbitnya, tapi jarinya terhenti untuk menekan butang dail. Dia berfikir sejenak, dan mula menyebut kalimah-kalimah suci Allah. Diletaknya telefon bimbit itu ke tepi dan diusap-usap dadanya tanpa henti sambil mulutnya basah mengucapkan kalimah-kalimah suci itu. Tanpa disedari dunia Zakri pun mula perlahan-lahan gelap dan mula terlena...

3 comments:

saracocohoney said...

Ahhhh!!!...tak sabarnya nak tau cerita seterusnya....

dah baca kat sini baru la aku tau jln ceritanya...

Admin said...

weh..klasik tol zakri tuh..simpan gamba sarah bawah bantal..hehehe..x kuasa mak nak simpan gamba sarah coco tu bawah bantal..baik letak kat facebook..leh org komen2..
wakakkaka..

saracocohoney said...

hello!!!...sarah n sarah coco is different kay!


sam, pls remove the word verification...nyampah tau nyah!!