Tuesday, October 21, 2008

Lima...


Zakri sedar yang dia telah pun terlambat untuk menunaikan solat subuh. Dengan segera dia bangun dan menunaikan solatnya dengan segera sebelum kehabisan waktu. Dia termenung sebentar di atas tikar sejadah sebelum dia berpaling ke arah kad jemputan kahwin sahabatnya itu.

Dia ke dapur untuk membuat secawan kopi. Dia ambil dua sudu serbuk kopi dan beberapa butir kiub gula lalu dikacaunya perlahan-lahan ke dalam cawan kegemarannya, hasil pemberian sahabatnya dan teman serumahnya seorang lagi, Hafiz. Dia mengamati pusaran air kopi itu. Hidup ini bagaikan air kopi ini agaknya. Nampak enak untuk diminum, tapi cukup pahit pada awalnya. Bila kita sudah sampai ke penghujung, barulah nikmat kemanisan itu mudah terasa kerana pada awalnya kita tak bersungguh untuk mengacaunya. Kita tak akan perasan atau menyedari sebenarnya gula, atau kemanisan hidup itu wujud di dalam kopi atau hidup ini. Zakri berfikir, dimanakah 'kemanisan' hidup aku? Kenapa aku tak menyedarinya sehingga ke saat ini?

Zakri kembali ke kamarnya dan mengambil kembali telefon bimbitnya. Nombor Sarah masih ada di paparan telefon itu. Dia memberanikan dirinya menekan butang dail.

Nampaknya nada 'caller ringtone' Sarah telah bertukar kepada lagu alunan Jason Mraz 'I'm Yours'. Mungkin kerana dirinya telah berjaya disunting oleh seseorang yang bernama Kamarul yang tidak pernah Zakri temui. Dulu elok saja lagu Gita Gutawa, 'Sempurna'.

"Assalamualaikum," Zakri memulakan bicara.

"Waalaikumussalam. Beb, apa kes pagi-pagi kau telefon aku ni?" Sarah mengeluh, agaknya bercakap sambil menggosok-gosok matanya.

"Bukan kau suruh aku call ke bila aku terima kad jemputan kau?" Zakri bertanya.

"Owh haah! Lupa lak. Yay, Z! Aku akan kahwin jugak akhirnya! Seronok kan?!" ujar Sarah dengan penuh gembira.

"Kenapa aku selaku kawan baik kau, aku tatau pun pasal benda ni?"
"Eh Z, sorila, aku bukannya apa. Aku nak wat suprise sebenarnya"
"Yah, you really made me really suprised. Siapa Kamarul Ariffin Tamjis tu? Lawyer? Majistret?"
"Eh macam marah je. Sorilah aku tak kenalkan hubby aku tu kat kau. It was so fast! We met at Dubai during my last commissioning stage untuk projek Turkeministan yang susah giler tu. Dia engineer one of our sub-vendor. He really helped me a lot. Kalau takde dia, mati gak la aku,"
"You met him like - 2 months ago - and you want to marry him? O-M-G... it is so you, Sarah,"
"Beb, why nada ko ni semacam je. Ke telinga aku pagi-pagi ni tak betul sket, penuh taik telinga kot" Sarah cuba membuat aku kembali ceria.
"Hmm ok. So apa yang kau nak sampaikan sebenarnya"
"Hmm camni... eh, ada incoming call masuk. E la..."
"Sapa E?" tanya Zakri.
"My hubby la sayang oiii... Ariffin, Ipin, Ipin, Ipin last-last jadi E. Senang kan? Meet me at our usual place? 8pm tonite? Bye Z"
"Eh. Ok. Bye, assalamualaikum"

Tet, terus Sarah memutuskan talian tanpa membalas salam. E konon. Menyampah. Mencik. Motif nama kawan-kawan lelaki dia cuma diberi nama huruf sahaja? Boleh buat koleksi 26 orang lelaki simpanan agaknya! Lepas ni, keluarlah nama K, J, P, D dan sebagainya.

Astagfirullah! Zakri mengurut dadanya yang turun naik dengan kencang. Dia melabuhkan punggungnya ke atas sofa. Termenung lagi.

Agaknya bilakah aku akan menemui gula pada dasar kopi aku? Pahit sungguh untuk aku laluinya...

3 comments:

saracocohoney said...

nape zakri cam emo?

sepenuhjiwe said...

life=coffee, ehmmm... cm kt shoutout aku kt frndstr jer...

beb, aku ingin bygkn yg zakri tu hensem+macho. sarah lak cm pmpn yg cntek jelite. tp apesal time aku bace entry ko ni aku msh bygkn zakri tu ko, sarah tu saracocohoney. jd apekah????

Admin said...

ngehehehe..
menakah part enam..dah 2 hari tungggu neh..