Monday, October 27, 2008

Enam...

Sarah buntu mengadap komputer ribanya. Nampaknya masalah untuk menukar dari satu pam kepada dua pam untuk kawalan bagi sebuah motor di bahagian utara kilang masih lagi tidak dapat dia selesaikan. Rumit untuk menukar tugasan itu, kerana banyak pembolehubah sistem kawalan yang perlu dia ubah sekali. Dia menggaru-garu kepalanya. Sambil-sambil itu dicubanya untuk menukar satu pembolehubah grafik atau dalam istilah bahasa Inggerisnya, 'modifier' untuk pam yang dibeli dari pengeluar Emerson Process.

Alamak, tiba-tiba sahaja komputer tidak boleh bergerak - hang! Kalau boleh mahu sahaja dia menjerit di situ. Dia menghentak-hentak tetikusnya berulang kali. Orang-orang di sekelilingnya menumpukan perhatian kepadanya, ada yang menggeleng-geleng kepala dan ada yang tersenyum sini melihat gelagat Sarah yang genit itu.

"Aih, jangan la nak dimarah komputer awak tu," tegur suatu suara.

Sarah memalingkan mukanya dengan pantas, kerana sudah lama dia tidak mendengar orang yang boleh berdialog di Dubai ini. Terkejut.

"Eh, takdelah. Komputer ni, tetiba hang plak. Camna ni ye. Teruk betul la controller depa ni. Cap apa tah," Sarah cuba menjelaskan.

"Bagus apa cap ni, mari sini saya tengokkan," jawab pemuda itu.

Pemuda itu melabuhkan punggungnya di sebelah kerusi bersebelahan Sarah. Dia lantas ke depan mengambil komputer riba Sarah. Sarah menjeling ke arah uniform pemuda itu. Eh, Emerson Process? Alamak, kantoi la plak kutuk-kutuk barang dia.

"Hah, setel dah,"

"Eh cepatnya... awak tahu gunakan sistem syarikat saya?"

"Tau sangat-sangat. Saya pernah bekerja di sana. Oh, saya Ariffin. Panggil saja, Ipin," dia memperkenalkan diri dia tanpa perlu disuruh.

"Owh, saya Siti Maisarah"

"Penyanyi tu ke?"

"Eh taklah. Bukan-bukan," Meluat Sarah hendak menjawab persoalan yang itu yang selalu ditujukan kepada dia. Tak semestinya nama sama perlu ingat orangnya sama.

"Terima kasih ya, En Ariffin," sambung Sarah.

"Eh, takpe-takpe. Hmm care to join me for lunch?" Ipin mengajak Sarah untuk keluar makan tengah hari.

"Hmm, boleh juga" jawab Sarah setuju, pantas. Mungkin kerana sudah agak lama dia pergi makan tengah hari bersama-sama dengan orang yang mungkin mempunyai selera yang sama dengan dia. Nampaknya EN Fadlalah terpaksalah makan makanan kegemaran dia kebab daging di Ash Street bersendirian kali ini. Jemu tekak Sarah menelannya setiap hari.

--------------------

Sarah turun dari platform yang tinggi itu berhati-hati. Sambil itu dia cuba untuk mengingati semula perbualan dia bersama Ipin. Ipin asalnya orang Kuala Kangsar daripada 6 adik-beradik. Dia mengambil jurusan Kejuruteraan Mekanikal di Universiti Malaya dan mendapat peluang kerjayanya yang pertama di syarikat Sarah. Kemudian dia telah berjaya memperolehi tempat di tempat kerja barunya, hasil pujukan majikannya sekarang yang sanggup untuk membayar Ipin dua kali ganda gajinya di tempat kerja Sarah. Sarah tersenyum, adakah mungkin satu hari nanti dia boleh menjadi seperti Ipin. Orangnya kacak, manis senyumannya tapi kalau nak dibandingkan dengan Z...

Sarah melangkah longlai kepenatan ke arah keretanya. Tiba-tiba dalam samar-samar cahaya malam itu, dia terlihat salah satu tayar keretanya pancit.

"Alamak, tensionnya hari ni!" tiba-tiba Sarah menjerit.

Tiba-tiba Sarah di sapa dari belakang, "Need an assistance Miss?"

Sarah menolak dan Ipin berada di belakangnya sambil tersenyum. Alhamdulillah.

"You're such a life saver, tak taulah apa nak jadi kalau En Ariffin takde," Sarah kelihatan sedikit malu kerana kelakuan menjeritnya tadi.

"Takde pape. Tapi kalau nak balas jasa saya ni,just call me Ipin next time okay? Tak perlu berencik-encik"

Sarah mengangguk faham. Sarah pun tidak mengerti kenapa pada malam itu, dia kelihatan seperti seorang wanita yang cukup tidak berkemampuan. Pada kebiasaanya, benda-benda sebegini Sarah cukup biasa membuatnya, apatah lagi dia digelar Superwoman di kalangan rakan-rakanya di Malaysia. Ada hikmah di sebalik setiap kejadian?

2 comments:

saracocohoney said...

Naper Siti Maisarah dah jd Siti Sarah?

syamrizal said...

kan sama je tuh...
:)